Portal Edirektori.NET

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home Famili Petua untuk lebih perihatin.
 Forum Edirektori.NET
Latest Posts Welcome Guest    [Login]
Portal Edirektori.NET   by dr_driverguide on 2009-01-13 15:38:41
 Subject :Petua untuk lebih perihatin...
2010-03-05 08:25:41 
The Stig
Cool
Joined: 2009-08-14 23:40:16
Posts: 655
Location

Assalamualaikum,

Membeli barangan adalah suatu aktiviti wajib untuk setiap manusia di muka bumi ini. Jual beli memudahkan kehidupan kita untuk memenuhi kehendak dan keperluan kita. Membeli menyeronokkan apabila kita ada duit. Lagi menyeronokkan kalau barang yang kita belikan itu memenui kehendak hati kita. Ditambah seronok lagi kalau barang yang dibeli itu didapati dengan harga yang murah. Dan yang teramat sangat sukanya di hati kita ialah apabila ada orang memuji barang yang kita beli itu. Makhluk di atas bumi ini yang paling seronok membeli-belah ialah SEMESTINYA PEREMPUAN. Bagi orang lelaki, ia adalah satu kewajipan. Tetapi orang perempuan, ia adalah hobi, melegakan tekanan jiwa, meredakan gundah gulana dan menghiburkan hati sanubari.


Orang perempuan kalau membeli kerongsang (pin hiasan di tudung) mungkin mengambil masa 30 minit - 1 jam untuk membuat keputusan memberlinya. Dalam fikiran mereka tercatat pelbagai maklumat yang dirujuk sebelum membuat keputusan seperti..sesuai tak dengan kebaya yang di baru beli tu.... match tak dengan warna tudung ... ada tak sesiapa sepejabat yang telah pakai corak pin ini .... harga yang ni sama tak dengan yang terdapat di kedai sebelah ... kalau pakai ni nampak pelik tak .... macam-macam seribu satu macam. Lain sangat dengan orang lelaki. Contohnya membeli butang baju melayu.


Itu pun kerana terlanggar semasa nak ke masjid, terus menanyakan
harga...dan terus bayar. Tak sampai 2 minit. Langsung tidak terfikir sesuai
tak dengan warna baju dan sebagainya.. Ada lelaki tu pergi solat raya dengan memakai baju warna biru.. tetapi warna butangnya ada warna merah, emas dan ada yang dah terkeluar batu warna.. itupun biasa aje terus pakai... asalkan ada butang sudaaaah laa. Itu orang lelaki. Kalau isterinya nampak , pasti perang sakan di pagi raya sebab suami pakai butang tak matching dengan baju...kata dia, "Nanti orang kata dia tak pandai mendandan suami..." malulah dia....


Perbezaan inilah yang menyebabkan salah satu punca konflik di antara suami isteri terutama sekali di komplek-komplek membeli belah sekarang ini. Isteri nak waktu yang lama, panjat kedai sana panjat kedai sini untuk pilih satu kain..Suami nak cepat sebab dah tak tahan tengok cara isteri memilih barang. Akhirnya buat keputusan bawa anak lari ke restoren.. LEGAAA.. boleh baca paper dan majalah.. itupun kot anak2 tu tak nakal dan buas nak merayau. Yang paling suami tak suka ialah.. apabila tiba di rumah.... isteri mengadu barangan yang dibeli tersilap.. minta abang tolong tukarkan dengan segera... Dahla berjam-jam pilih barang.. tiba di rumah ada juga yang tersilap.... . suami mana tak melenting. Itu adalah tabii ciri-ciri wanita yang ciptakan oleh Allah. Bukan sesuatu kelemahan. Oleh itu, untuk memastikan peristiwa di atas ini tidak berulang, eloklah suami menggunakan tips ini. Paling kurang, tidaklah terlepas pahala puasa kita kerana asyik geram marah padanya semasa shopping tu.


1) Niatkan untuk menghiburkan dia semasa shopping. Jika dia terhibur,barang yang dia akan beli lebih "masak" proses dia membuat keputusan. Jika niat ini benar-benar dari hati kita, ia terpancar ke muka kita walau pun ada seketika timbul perasan menyampah... tetapi kuasa niat tadi mampu untuk melenyapkan muka bosan itu nanti. Teruskan niat ini disepanjang sesi shopping ini bahawa "sebagai suami, aku ingin menghiburkannya kerana Allah Taala";


2) Kosongkan aktiviti kita pada hari itu melainkan semata-mata untuk
bersamanya. Jangan ada sekali-kali temujanji dengan sesiapa selepas
shopping. Kerana, waktu "kecederaan" yang diambil oleh isteri ini,
biasanya, melebihi 20-50% dari yang dijanjikan. Yang dibimbangkan nanti
ialah orang yang dijanji telah menunggu tetapi isteri masih beratur
berbaris di kaunter bayaran.. Akhirnya kemanisan yang dikecapi selama 4 jam tadi tercemar dengan kelewatan isteri 4 minit;


3) Alangkah romantisnya kalau suami tidak membawa handsetnya bersama. Terhindar dari gangguan;


4) Semasa berkereta atau dalam perjalanan ke komplek membeli belah..
eloklah tanyakan kepada isteri ......apa barang yang ingin beli, apa
kriteria, apa jenis, apa alternatif yang boleh dia terima jika kehendak
pertama tidak ditemui.. julat harga yang dijangkakan. . (jangan terkejut dia akan keluar berjela senarai perbandingan harga bagi satu jenis barang.. termasuk jenis barang yang sama yang terdapat di England sekali).. Ini akan menyebabkan isteri itu lebih bersedia dan lebih melonjak keseronokannya;


5) Tiba di kedai tu..buat-buatlah sibuk tunduk bongkok mencari barang yang dia cari. Jangan berdiri tercegat di pintu kedai atau tinggalkan dia
sendirian sambil kita pula merayau kedai lain;


6) Kalau dia meminta "second opinion" dengan kata-katanya, "Pelik tak abang kain ni untuk saya"...? Berilah pandangan dengan kata-kata, "Pada pandangan abang ........" Jangan terus kata, "OK" .. Lawa.. kemudian senyap;


7) Kalau dia minta pandangan mengenai sesuatu barang yang dia nak beli, jangan terus membelek tanda harga. Ini mengecewakannya. Berilah dulu pandangan kita dari sudut nilai astetiknya. Sebab faktor harga adalah
penilaian terakhir bagi mereka. Mereka sanggup berbelanja lebih jika
barangan itu memenuhi keperluan dan kehendak mereka;


Mata tu jangan terlampau sangat menjeling wanita-wanita lain yang sedang shopping... Dia nampak tau. Tapi kita dibolehkan mengusik jurujual
wanita-wanita tu dengan alasan untuk membantunya mendapatkan barangan kehendaknya;


9) Bila tiba dirumah, tolonglah dia sekejap membuka barangan yang telah
dibeli tadi, pasti dia akan mencuba sekali lagi. Pujilah dia kerana bijak
memilih barangan itu; dan


10) PERHATIAN: sebelum isteri kita mencuba pakaian luar atau dalam di
tempat mencuba pakaian yang terdapat di kedai-kedai itu, kita hendaklah
masuk dahulu dan periksa semua bahagian di bilik kecik itu agar bebas dari WIRELESS CAMERA. Kita bimbang ada orang merakam dan menyebar ke dalam internet. Malu dia dan kita.


Selamat mencuba dan semoga anda menjadi suami / pakwe yang romantis di lorong-lorong kompleks membeli belah. Percaya lah, jika tips ini anda amalkan, dia akan dengan senyap membeli hadiah untuk anda tanda CINTAnya kepada anda. Dan dengan rasa megah menceritakan kepada kawan2nya, "baju ni hubby i yang pilih"

IP Logged


Powered by ccBoard


Edirektori.NET 2010

Nikmat Ramadhan Berlalu...

left until the event

Cinta & Harapan

left until the event

Pesanan Ringkas

Latest Message: 3 days, 15 hours ago
  • MCSE : 100% Pass without Exam: MCSE, MCSE 2003, MCSE 2008, MCITP, MCTS, MCPD, MCSA, MCP, MCDST
  • Afif Abdul S : " Ya Allah, sebagaimana engkau pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin, maka kami memohon kepada mu ya Allah, turunkanlah bantuanmu kali ini kepada orang-orang islam di palestin, hancurkanlah rejim zionis yahudi sedahsyat-dahsyatnya" . Amin
  • Afif Abdul S : Edirektori.NET mengucapkan Selamat Hari Guru. Cikgu, jasa mu dikenang...Terima Kasih kerana memberi tunjuk ajar kpd kami.
  • Afif Abdul S : 29 MAC 2010 [Isnin] – Program SEMANIS RASA bersama Ustazah Dato’ Siti Nurbahyah di Dataran Seri Serdang, Bandar Baharu. (Bersebelahan Stesen Bas Serdang).
  • Afif Abdul S : 28 MAC 2010 [Ahad] – Ceramah Perdana – oleh Ust. Roslan Che Ros di Dataran Seri Serdang, Bandar Baharu. (Bersebelahan Stesen Bas Serdang)
  • administrato : Laman Direktori Perniagaan & Forum sedang dikemaskini. Harap Maklum.
  • administrato : Maaf, modul mesej ringkas di spam baru² ini.
  • administrato : H1N1 di Malaysia semakin membimbangkan...
  • administrato : Siri 'The Arrival' kini boleh dimuat turun di Edirektori.NET
  • administrato : Mahkamah Rayuan: Tiga hakim putus Nizar kalah

Only registered users are allowed to post

Chat

Online Friends

Friends Online    max min

Arkib Rakyat - Latest

 Arkib Rakyat - Latest
Serangan laman web meningkat masa cuti raya 2010-09-10 00:45:37 The Stig
Jangan leka kawal sempadan negara - Panglima ATM 2010-09-10 00:44:45 The Stig
Jolie kutuk cadangan bakar al-Quran 2010-09-10 00:44:11 The Stig
Rumah ada landasan kereta api dilelong 2010-09-10 00:42:34 The Stig
Elaun pembanci sebelum raya 2010-09-05 07:13:01 The Stig
Keputusan mansuh UPSR dan PMR selepas raya 2010-09-05 07:12:06 The Stig
Gempa terburuk di New Zealand 2010-09-05 07:11:24 The Stig
Henti guna minyak sapi QBB 2010-09-04 09:54:32 administrator
Jangan kecewa apabila lamaran ditolak 2010-08-28 06:45:35 administrator
Wanita di Bawah Naungan Islam : Beberapa Bentuk Pernikahan yang Dihapus Oleh Islam 2010-08-24 07:47:32 administrator
Refleksi Ramadhan : Bersiwak di Bulan Ramadhan 2010-08-24 07:44:41 administrator
Senda minggu ini 2010-08-24 07:42:55 The Stig
Dr M Bantah Projek Jambatan Langkawi. 2010-08-24 07:38:39 The Stig
Bayar Zakat/Fitrah Dg Dinar & Dirham, Bagaimana Luar K'tan? 2010-08-24 07:37:15 The Stig
Bongkar! Keluarga Obama Terlibat Rampas Kuasa Anti Soekarno 2010-08-24 07:33:28 The Stig
Bukan Islam tidak perlu takut SHAH ALAM - Bukan Islam tidak perlu takut dengan perlaksanaan hukuman 2010-08-24 07:31:31 administrator
Menyimpan tali pusat untuk kecemasan 2010-08-24 07:26:36 The Stig
Pasar raya pandu lalu pertama di Britain 2010-08-24 07:24:22 The Stig
Taip 26 perkataan dalam masa 25 saat 2010-08-24 07:23:16 The Stig
Re: Ujian DNA dedahkan Hitler mungkin keturunan Yahudi 2010-08-24 07:21:30 The Stig

Pelawat

JoomlaWatch Stats 1.2.7 by Matej Koval

Countries

80.8%UNITED STATES UNITED STATES
14.3%MALAYSIA MALAYSIA
2.3%AUSTRALIA AUSTRALIA
1.4%CANADA CANADA
0.2%JAPAN JAPAN

Visitors

Today: 27
Yesterday: 199
This week: 770
Last week: 992
This month: 1456
Last month: 1958
Total: 17379


Siapa Online

We have 15 guests online

Follower


Ads on: Special HTML

Direktori Global

Copyright © 2010 Portal Bersama Edirektori.NET | Paparan Terbaik 1024x768
Pelayar Terbaik Mozilla Firefox & Google Chrome

Edirektori.NET Pilihanku

Add Site to Favorites
Add Page to Favorites
Make Homepage
Print Page

Carian

Kalender Hijrah


Daily Gold Price

eBook PHP Joomla 1.5


Ebook Rahsia Membina
Laman Web Profesional.

Tempah Sekarang!
Testimonial:
Modul pembinaan laman web
yg lengkap, Tutorial Joomla
yg mudah difahami, Tahniah!
Cikgu Azlan Johan
(Webmaster laman² Kementerian
Pendidikan Malaysia)
sifooLAN.NET

Direktori Perniagaan

  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow

Pereka Laman Web

  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow

Mesti tonton!

Kenali Masjid Al-Aqsa yang sebenar. Jangan biarkan generasi akan datang tertipu.Konspirasi Al-Aqsa

Informasi