Portal Edirektori.NET

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home Macam² Ada... Bezakan puteri dan rakyat jelata
 Forum Edirektori.NET
Latest Posts Welcome Guest    [Login]
Portal Edirektori.NET   by dr_driverguide on 2009-01-13 15:38:41
 Subject :Bezakan puteri dan rakyat jelata..
2010-02-08 12:08:09 
Alang
Junior
Joined: 2009-12-24 00:55:33
Posts: 198
Location

Bezakan puteri dan rakyat jelata

 

 

Berbeza pula dengan solekan dan dandanan watak-watak utama seperti raja mahupun puteri. Mereka perlu dirias dengan teliti supaya kemunculan di atas pentas tidak tenggelam dek watak kecil-kecil yang lain.




SAMBIL mengikat kemas rambut pelakon agar tidak mengganggu proses solekan, pereka solekan Istana Budaya, Sheikh Abdul Nasser Abdullah, mula bercerita mengenai tata rias Makyung. Dia menyifatkan dramatari Makyung bukan sekadar memerlukan pelakon bermain dengan ekspresi muka, emosi, berdialog dan menari. Pada masa yang sama aspek kostum, tata rias dan solekan juga memainkan peranan yang penting.

Ini bertujuan agar jalan cerita Makyung yang dipersembahkan seimbang secara keseluruhan. Teknik dan konsep solekan yang diaplikasikan dititikberatkan mengikut watak dan latar belakang.

"Dalam persembahan pentas semua pelakon perlu kelihatan cantik dan menawan. Tapi, definisi cantik itu terpaksa diolah mengikut kesesuaian watak. Watak wanita kampung masih kelihatan jelita tetapi dengan solekan nipis.

"Berbeza dengan solekan dan dandanan watak-watak utama seperti raja mahupun puteri. Mereka perlu dirias dengan teliti supaya kemunculan di atas pentas tidak tenggelam dek watak kecil-kecil yang lain," terang Naseer sambil jari-jemarinya sibuk mewarnakan kelopak mata salah seorang pelakon Makyung.


DANDANAN rambut perlu dititikberatkan supaya tidak mencacatkan perjalanan kisah Makyung.



Sebelum memulakan proses solekan di bahagian pipi dan mata, Naseer terlebih dahulu mengalas wajah pelakon itu dengan krim dan bedak asas yang tebal. Langkah itu bukan saja mengekalkan solekan pada tempoh yang lama. Malah bertujuan mengelakkan wajah pelakon kelihatan kusam apabila disimbahi pancaran lampu-lampu pentas yang terang.

Tambah Naseer yang turut memiliki kepakaran dalam bidang tarian, pelakon lelaki yang terlibat dalam produksi Makyung juga perlu menjalani solekan. Wajah mereka tidak sesekali dibiarkan polos tanpa calitan pemerah pipi, bedak asas dan pengilat bibir rona semulajadi.

Solekan

Bahkan kening mereka juga dikemaskan dan diwarnakan dengan celak hitam. Aplikasi solekan yang sama turut dipraktikkan pada wajah pelakon wanita yang membawa watak raja.

"Lihat sahaja penampilan Juhara Ayub pada persembahan Makyung Anak Raja Dua Serupa. Walaupun memegang watak raja Alam Kesuma, itu tidak bermakna dia perlu tampil anggun dengan gincu bibir merah menyala.

"Memandangkan dia seorang raja maka sudah memadai wajahnya disolek tipis dengan warna-warna natural. Apa yang penting penampilan yang maskulin tidak terjejas. Begitu juga dengan penampilan Raja Besar yang dilakonkan oleh Norsiah Mohd. Yatim," ujar Naseer ketika ditemui Stailo di Istana Budaya, Kuala Lumpur.


KOSTUM Makyung kini dihasilkan menggunakan fabrik songket berbanding satin sebelum ini.



Menyentuh mengenai solekan efek, Naseer memberitahu, kebiasaannya teknik solekan tersebut diaplikasikan kepada watak-watak lanun, orang tua dan peran (pelawak). Bagi mencerminkan watak lanun yang jahat, kening pelakon diwarnakan hitam pekat manakala hujung kening dilukis ke atas.

Bahagian bawah mata juga dihitamkan bagi mewujudkan kesan lebam. Seterusnya mewujudkan parut dan luka-luka di bahagian pipi dan tangan. Sementara itu, kening dan janggut orang tua pula sengaja diwarnakan putih simbolik uban. Garis-garis kedut dilukis pada bahagian dahi dan sekitar wajah.

"Sebagai pereka solekan saya tidak boleh menyolek tanpa mendapat arahan daripada pengarah. Biasanya sebelum menyolek pengarah menyenaraikan konsep solekan mengikut watak.

"Selain lanun dan peran, watak Puteri Hitam Sebelah juga memerlukan solekan efek pada wajah. Maka, sebelah daripada wajah puteri itu telah diwarnakan hitam," bicara Naseer yang tidak ketinggalan berbincang bersama penyelia kostum sebelum mengaplikasikan solekan.

Kostum

Berbicara mengenai kostum persembahan Makyung terdapat beberapa item yang diberi keutamaan. Menariknya, masyarakat tidak akan mengalami kesukaran membezakan antara kostum Makyung, bangsawan ataupun teater.


PEMAKAIAN dasta merupakan signatur kostum dramatari Makyung.



Pemakaian dasta yang diletakkan di atas kepala sudah cukup menunjukkan signatur kostum dramatari Makyung yang bermaksud semangat padi. Dasta yang berbentuk mahkota itu diperbuat daripada kain baldu bermutu tinggi.

Proses pembuatannya tidak boleh dilakukan sebarangan kerana tenaga kerja yang pakar saja mengetahui selok-belok lakaran dan teknik jahitan. Enggan membiarkan mahkota tampak polos, kain renda dan batu permata pelbagai warna dijadikan perhiasan.

Selain dasta, sibar layang iaitu juraian manik berkolar yang menghiasi bahagian dada juga merupakan elemen penting. Mengulas lanjut Penyelia Busana, Unit Busana (produksi) Istana Budaya, Jailani Abd. Razak, menyatakan sibar layang itu direka dalam rekaan yang berbeza.

Ini bagi memudahkan penonton menilai perbezaan antara watak raja, permaisuri, puteri dan dayang. Ironinya sibar layang berkenaan kerap dipakai oleh kerabat diraja. Orang kebanyakan hanya memakai busana tradisional biasa.

Hakikatnya, bukan mudah untuk mengekalkan mutu sibar layang itu. Terutamanya apabila pihak IB perlu peka dan memilih sibar layang yang diperbuat daripada manik-manik yang berkualiti.




Penggunaan manik yang murah dan tidak bermutu akan menyebabkan sibar layang mudah rosak dan tidak tahan lama.

"Sejak 400 tahun yang lalu, kostum Makyung seperti seluar dan baju yang berlengan pendek diperbuat daripada kain satin. MemandangkanMalaysia memiliki fabrik songket yang tinggi nilai dan kualitinya maka kesemua kostum Makyung mula menggunakan kain itu.

"Lagipun kita harus berbangga apabila Makyung yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai Seni Warisan Dunia (2005)," ujar Jailani sambil memakaikan pending iaitu tali pinggang gancu besar yang sedondon dengan dasta.

 

IP Logged


Powered by ccBoard


Edirektori.NET 2010

Nikmat Ramadhan Berlalu...

left until the event

Cinta & Harapan

left until the event

Pesanan Ringkas

Latest Message: 23 hours, 34 minutes ago
  • MCSE : 100% Pass without Exam: MCSE, MCSE 2003, MCSE 2008, MCITP, MCTS, MCPD, MCSA, MCP, MCDST
  • Afif Abdul S : " Ya Allah, sebagaimana engkau pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin, maka kami memohon kepada mu ya Allah, turunkanlah bantuanmu kali ini kepada orang-orang islam di palestin, hancurkanlah rejim zionis yahudi sedahsyat-dahsyatnya" . Amin
  • Afif Abdul S : Edirektori.NET mengucapkan Selamat Hari Guru. Cikgu, jasa mu dikenang...Terima Kasih kerana memberi tunjuk ajar kpd kami.
  • Afif Abdul S : 29 MAC 2010 [Isnin] – Program SEMANIS RASA bersama Ustazah Dato’ Siti Nurbahyah di Dataran Seri Serdang, Bandar Baharu. (Bersebelahan Stesen Bas Serdang).
  • Afif Abdul S : 28 MAC 2010 [Ahad] – Ceramah Perdana – oleh Ust. Roslan Che Ros di Dataran Seri Serdang, Bandar Baharu. (Bersebelahan Stesen Bas Serdang)
  • administrato : Laman Direktori Perniagaan & Forum sedang dikemaskini. Harap Maklum.
  • administrato : Maaf, modul mesej ringkas di spam baru² ini.
  • administrato : H1N1 di Malaysia semakin membimbangkan...
  • administrato : Siri 'The Arrival' kini boleh dimuat turun di Edirektori.NET
  • administrato : Mahkamah Rayuan: Tiga hakim putus Nizar kalah

Only registered users are allowed to post

Chat

Online Friends

Friends Online    max min

Arkib Rakyat - Latest

 Arkib Rakyat - Latest
Elaun pembanci sebelum raya 2010-09-05 07:13:01 The Stig
Keputusan mansuh UPSR dan PMR selepas raya 2010-09-05 07:12:06 The Stig
Gempa terburuk di New Zealand 2010-09-05 07:11:24 The Stig
Henti guna minyak sapi QBB 2010-09-04 09:54:32 administrator
Jangan kecewa apabila lamaran ditolak 2010-08-28 06:45:35 administrator
Wanita di Bawah Naungan Islam : Beberapa Bentuk Pernikahan yang Dihapus Oleh Islam 2010-08-24 07:47:32 administrator
Refleksi Ramadhan : Bersiwak di Bulan Ramadhan 2010-08-24 07:44:41 administrator
Senda minggu ini 2010-08-24 07:42:55 The Stig
Dr M Bantah Projek Jambatan Langkawi. 2010-08-24 07:38:39 The Stig
Bayar Zakat/Fitrah Dg Dinar & Dirham, Bagaimana Luar K'tan? 2010-08-24 07:37:15 The Stig
Bongkar! Keluarga Obama Terlibat Rampas Kuasa Anti Soekarno 2010-08-24 07:33:28 The Stig
Bukan Islam tidak perlu takut SHAH ALAM - Bukan Islam tidak perlu takut dengan perlaksanaan hukuman 2010-08-24 07:31:31 administrator
Menyimpan tali pusat untuk kecemasan 2010-08-24 07:26:36 The Stig
Pasar raya pandu lalu pertama di Britain 2010-08-24 07:24:22 The Stig
Taip 26 perkataan dalam masa 25 saat 2010-08-24 07:23:16 The Stig
Re: Ujian DNA dedahkan Hitler mungkin keturunan Yahudi 2010-08-24 07:21:30 The Stig
Ujian DNA dedahkan Hitler mungkin keturunan Yahudi 2010-08-24 07:12:19 The Stig
Toyota Wish, Myvi guru terbakar 2010-08-24 07:09:31 The Stig
Jam RM2.4j bakal dijual 2010-08-24 07:07:52 The Stig
Empat bulan selamatkan pelombong emas 2010-08-24 07:06:24 The Stig

Pelawat

JoomlaWatch Stats 1.2.7 by Matej Koval

Countries

80.3%UNITED STATES UNITED STATES
14.7%MALAYSIA MALAYSIA
2.4%AUSTRALIA AUSTRALIA
1.5%CANADA CANADA
0.2%JAPAN JAPAN

Visitors

Today: 111
Yesterday: 193
This week: 304
Last week: 992
This month: 990
Last month: 1826
Total: 16957


Siapa Online

We have 14 guests online

Follower


Ads on: Special HTML

Direktori Global

Copyright © 2010 Portal Bersama Edirektori.NET | Paparan Terbaik 1024x768
Pelayar Terbaik Mozilla Firefox & Google Chrome

Edirektori.NET Pilihanku

Add Site to Favorites
Add Page to Favorites
Make Homepage
Print Page

Carian

Kalender Hijrah


Daily Gold Price

eBook PHP Joomla 1.5


Ebook Rahsia Membina
Laman Web Profesional.

Tempah Sekarang!
Testimonial:
Modul pembinaan laman web
yg lengkap, Tutorial Joomla
yg mudah difahami, Tahniah!
Cikgu Azlan Johan
(Webmaster laman² Kementerian
Pendidikan Malaysia)
sifooLAN.NET

Direktori Perniagaan

  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow

Pereka Laman Web

  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow

Mesti tonton!

Kenali Masjid Al-Aqsa yang sebenar. Jangan biarkan generasi akan datang tertipu.Konspirasi Al-Aqsa

Informasi