Portal Edirektori.NET

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home Sudut Agama Waktu-waktu yang diharamkan solat
 Forum Edirektori.NET
Latest Posts Welcome Guest    [Login]
Portal Edirektori.NET   by dr_driverguide on 2009-01-13 15:38:41
 Subject :Waktu-waktu yang diharamkan solat..
2010-02-21 09:45:36 
The Stig
Cool
Joined: 2009-08-14 23:40:16
Posts: 651
Location

Waktu-waktu yang diharamkan solat

Pernah suatu ketika ingin pulang ke rumah, saya menahan satu teksi, sambil memberikan salam kepada rakan yang masih menunggu bas untuk pulang.Tidak beberapa lama, pemandu teksi itu menyuruh saya duduk ke hadapan kerana ingin bertanyakan soalan.Pelik!!! orang arab nak tanya aku soalan??? ..Diringkaskan cerita,sebenarnya dia ingin bertanyakan tentang waktu haram solat.

Baru-baru ini juga, seorang rakan dari Malaysia bertanyakan soalan yang hampir sama iaitu bolehkan solat hajat selepas solat subuh??,memandangkan perkara ini dilakukan di kampungnya.

Perkara ini pernah disebutkan di dalam hadis :

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم نهى عن صلاة بعد العصر حتى تغرب الشمس ، وبعد الصبح حتى تطلع الشمس

Maksudnya : Dari Abi Hurairah r.a :Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melarang dari mengerjakan solat selepas asar sehingga terbenam matahari dan solat selepas subuh sehingga terbit matahari.[hadis riwayat Imam Bukhari,Imam Muslim,Imam Abu Dawud,Imam Tirmizi,Imam Nasaie dan Imam Ahmad

Untuk rumusannya saya nukilkan dari kitab At taqrirat as sadidah fi Al masail mufidah Syaikh Muhammad bin Ahmad Hasan Al Kaaf.cetakan Dar Al Mirath An Nabawi ms 192 -194 di dalam tajuk Al Auqat Allati Tahrumu Fiha As Solah

Waktu-waktu yang diharamkan solat

Sebahagian As-Sayafieah mengiktibar sebagai (waktu-waktu yang dimakruhkan untuk solat) iaitu tegahan karahah tahrim[Karahah tahrim adalah apa yang di sabitkan haramnya itu dengan dalil yang ihtimal dan perlu kepada takwil]

Waktu yang diharamkan untuk solat ada lima :Tiga berhubung dengan waktu dan dua berhubung dengan perbuatan


Waktu waktu yang diharamkan solat yang berhubung dengan waktu

1) Dari terbit matahari sehingga tegak dengan kadar tombak dengan pandangan mata iaitu bersamaan 16 minit.(dalam tempoh 16 minit setelah matahari terbit)


Kadar tombak adalah 4 darjah

Satu darjah bersamaan 4 minit


2) Dari istiwa (pembahagi dua) matahari sehingga zawal (gelincir).Tempohnya terlalu singkat,diharamkan solat ketika ini.


Istiwa adalah : matahari berada di tengah-tengah langit

Zawal adalah : Condongan matahari di tengah-tengah langit


3)Dari langit kelihatan kekuning-kuningan sehingga maghrib.


Waktu-waktu yang diharamkan utuk solat yang berhubung dengan perbuatan

1) Selepas melaksanakan solat subuh sehingga terbit matahari

2) Selepas melaksanakan solat asar sehingga terbenam matahari

Solat-solat yang diharamkan pada waktu yang diharamkan untuk solat,( waktu yang lima) terbahagi kepada dua:

1) Solat-solat sunat kerana sabab muta'akkhir (sebab terkemudian) .Ia terbahagi kepada enam:

a) Solat sunat ihram

b) Solat sunat istikharah

c) Solat sunat keluar dari rumah

d) Solat sunat musafir

e) Solat sunat Qatl

f) Solat sunat hajat


2) Solat sunat mutlak,iaitu solat yang tanpa sebab dan tiada waktunya,seperti solat tasbih dan sebagainya yang tiada waktu yang khusus untuk melaksanakannya.

Waktu-waktu yang terkecuali daripada waktu yang haram iaitu berhubung dengan tempat dan waktu.

1) Tempat : Tanah Haram mekah : iaitu di dalam masjid haram dan kawasan-kawasan tanah haram di mekah,maka dibolehkan solat di kawasan ini pada bila bila waktu tanpa ada waktu yang diharamkan.

2) Waktu : Dari waktu istiwa sehingga zawal pada hari jumaat

Tidak diharamkan untuk melaksanakan qada solat pada waktu-waktu yang diharamkan untuk solat. (boleh melaksanakan qada solat pada bila bila waktu tanpa ada waktu tahrim)

Begitu juga dengan solat-solat sunat kerana sabab mutaqaddim (sebab terdahulu) seperti sola sunat wudhu dan solat sunat tahiyat masjid,ataupun kerana sabab muqaran (sebab bergandingan) seperti solat gerhana matahari dan bulan.

Hukum solat ketika khutbah jumaat

Apabila khatib sedang berkhutbah di atas mimbar,maka diharamkan untuk solat walaupun solat itu adalah solat qada kecuali solat sunat tahiyat masjid dan diwajibkan untuk meringankan (mempercepatkan) solat tahiyat masjid itu dan tidak boleh menambah dua rakaat lagi selain dari solat tahiyat masjid yang tadi.

 

IP Logged


Powered by ccBoard


Edirektori.NET 2010

Nikmat Ramadhan Berlalu...

left until the event

Cinta & Harapan

left until the event

Pesanan Ringkas

Latest Message: 1 day ago
  • MCSE : 100% Pass without Exam: MCSE, MCSE 2003, MCSE 2008, MCITP, MCTS, MCPD, MCSA, MCP, MCDST
  • Afif Abdul S : " Ya Allah, sebagaimana engkau pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin, maka kami memohon kepada mu ya Allah, turunkanlah bantuanmu kali ini kepada orang-orang islam di palestin, hancurkanlah rejim zionis yahudi sedahsyat-dahsyatnya" . Amin
  • Afif Abdul S : Edirektori.NET mengucapkan Selamat Hari Guru. Cikgu, jasa mu dikenang...Terima Kasih kerana memberi tunjuk ajar kpd kami.
  • Afif Abdul S : 29 MAC 2010 [Isnin] – Program SEMANIS RASA bersama Ustazah Dato’ Siti Nurbahyah di Dataran Seri Serdang, Bandar Baharu. (Bersebelahan Stesen Bas Serdang).
  • Afif Abdul S : 28 MAC 2010 [Ahad] – Ceramah Perdana – oleh Ust. Roslan Che Ros di Dataran Seri Serdang, Bandar Baharu. (Bersebelahan Stesen Bas Serdang)
  • administrato : Laman Direktori Perniagaan & Forum sedang dikemaskini. Harap Maklum.
  • administrato : Maaf, modul mesej ringkas di spam baru² ini.
  • administrato : H1N1 di Malaysia semakin membimbangkan...
  • administrato : Siri 'The Arrival' kini boleh dimuat turun di Edirektori.NET
  • administrato : Mahkamah Rayuan: Tiga hakim putus Nizar kalah

Only registered users are allowed to post

Chat

Online Friends

Friends Online    max min

Arkib Rakyat - Latest

 Arkib Rakyat - Latest
Elaun pembanci sebelum raya 2010-09-05 07:13:01 The Stig
Keputusan mansuh UPSR dan PMR selepas raya 2010-09-05 07:12:06 The Stig
Gempa terburuk di New Zealand 2010-09-05 07:11:24 The Stig
Henti guna minyak sapi QBB 2010-09-04 09:54:32 administrator
Jangan kecewa apabila lamaran ditolak 2010-08-28 06:45:35 administrator
Wanita di Bawah Naungan Islam : Beberapa Bentuk Pernikahan yang Dihapus Oleh Islam 2010-08-24 07:47:32 administrator
Refleksi Ramadhan : Bersiwak di Bulan Ramadhan 2010-08-24 07:44:41 administrator
Senda minggu ini 2010-08-24 07:42:55 The Stig
Dr M Bantah Projek Jambatan Langkawi. 2010-08-24 07:38:39 The Stig
Bayar Zakat/Fitrah Dg Dinar & Dirham, Bagaimana Luar K'tan? 2010-08-24 07:37:15 The Stig
Bongkar! Keluarga Obama Terlibat Rampas Kuasa Anti Soekarno 2010-08-24 07:33:28 The Stig
Bukan Islam tidak perlu takut SHAH ALAM - Bukan Islam tidak perlu takut dengan perlaksanaan hukuman 2010-08-24 07:31:31 administrator
Menyimpan tali pusat untuk kecemasan 2010-08-24 07:26:36 The Stig
Pasar raya pandu lalu pertama di Britain 2010-08-24 07:24:22 The Stig
Taip 26 perkataan dalam masa 25 saat 2010-08-24 07:23:16 The Stig
Re: Ujian DNA dedahkan Hitler mungkin keturunan Yahudi 2010-08-24 07:21:30 The Stig
Ujian DNA dedahkan Hitler mungkin keturunan Yahudi 2010-08-24 07:12:19 The Stig
Toyota Wish, Myvi guru terbakar 2010-08-24 07:09:31 The Stig
Jam RM2.4j bakal dijual 2010-08-24 07:07:52 The Stig
Empat bulan selamatkan pelombong emas 2010-08-24 07:06:24 The Stig

Pelawat

JoomlaWatch Stats 1.2.7 by Matej Koval

Countries

80.3%UNITED STATES UNITED STATES
14.7%MALAYSIA MALAYSIA
2.4%AUSTRALIA AUSTRALIA
1.5%CANADA CANADA
0.2%JAPAN JAPAN

Visitors

Today: 115
Yesterday: 193
This week: 308
Last week: 992
This month: 994
Last month: 1826
Total: 16961


Siapa Online

We have 5 guests online

Follower


Ads on: Special HTML

Direktori Global

Copyright © 2010 Portal Bersama Edirektori.NET | Paparan Terbaik 1024x768
Pelayar Terbaik Mozilla Firefox & Google Chrome

Edirektori.NET Pilihanku

Add Site to Favorites
Add Page to Favorites
Make Homepage
Print Page

Carian

Kalender Hijrah


Daily Gold Price

eBook PHP Joomla 1.5


Ebook Rahsia Membina
Laman Web Profesional.

Tempah Sekarang!
Testimonial:
Modul pembinaan laman web
yg lengkap, Tutorial Joomla
yg mudah difahami, Tahniah!
Cikgu Azlan Johan
(Webmaster laman² Kementerian
Pendidikan Malaysia)
sifooLAN.NET

Direktori Perniagaan

  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow

Pereka Laman Web

  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow

Mesti tonton!

Kenali Masjid Al-Aqsa yang sebenar. Jangan biarkan generasi akan datang tertipu.Konspirasi Al-Aqsa

Informasi