Forum Edirektori.NET
Subject :Elaun pembanci sebelum raya..
2010-09-05 07:13:01
Forum :
Negara
Topic :
Elaun pembanci sebelum raya
Elaun pembanci sebelum raya
Oleh RIZAM ZAKARIYA mohdrizam@kosmo.com.my
Nor Mohamed
BUTTERWORTH – Bayaran elaun kepada sebahagian daripada 26,000 pembanci sambilan di seluruh negara yang mendakwa masih belum menerima bayaran akan diselesaikan selewat-lewatnya sebelum Hari Raya Aidilfitri ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, beliau sendiri akan memastikan bayaran itu dilaksanakan dalam masa terdekat.
Beliau bagaimanapun belum mendapat maklumat lengkap mengenai jumlah sebenar pembanci sambilan yang tidak menerima elaun terhadap tugas yang mereka laksanakan itu.
“Peruntukan secukupnya telah diberi kerajaan kepada Jabatan Perangkaan Negara (JPN) bagi membolehkan proses pembancian dapat dilaksanakan dengan baik.
“Kita akan ambil tindakan untuk mempercepatkan pembayaran itu dan saya tak sangka ada kelewatan tetapi kita akan periksa (apa sebenarnya berlaku) kerana duit memang sudah ada, sudah lama diberikan kepada JPN,” katanya di sini semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas rungutan petugas pembanci sambilan di beberapa buah negeri yang mendakwa belum menerima bayaran elaun seperti yang dijanjikan sebelum ini.
IP Logged
Subject :Keputusan mansuh UPSR dan PMR selepas raya..
2010-09-05 07:12:06
Forum :
Negara
Topic :
Keputusan mansuh UPSR dan PMR selepas raya
Keputusan mansuh UPSR dan PMR selepas raya
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata, keputusan sama ada untuk memansuhkan atau mengekalkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan dibuat selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom telah diarahkan untuk mengadakan sesi meja bulat terakhir bagi membincangkan secara mendalam isu berkenaan.
Katanya, semua pihak berkepentingan daripada sesi meja bulat sebelum ini akan dipelawa mengambil bahagian dalam sesi berkenaan untuk memberi pandangan.
"Kita akan jemput pilihan peserta daripada dua meja bulat sebelum ini supaya mereka boleh mendengar dapatan kedua-dua mesyuarat meja bulat yang awal dan mendapat pandangan menyeluruh mengenai isu ini, selain cadangan daripada kementerian.
IP Logged
Subject :Gempa terburuk di New Zealand..
2010-09-05 07:11:24
Forum :
Dunia
Topic :
Gempa terburuk di New Zealand
Gempa terburuk di New Zealand
SEBUAH kereta peronda polis dan jentera bomba menyekat laluan di pusat bandar Christchurch yang tidak boleh dimasuki akibat gempa semalam.
CHRISTCHURCH - Bandar raya kedua terbesar di New Zealand diisytiharkan darurat oleh Datuk Bandarnya, Bob Parker selepas gempa bumi terkuat dalam sejarah melanda pulau selatan negara itu awal semalam.
Gegaran berukuran 7.4 pada skala Richter berlaku kira-kira pukul 4.35 pagi (11.35 malam kelmarin waktu Malaysia) dan dikesan di barat bandar raya yang didiami 340,000 penduduk itu, namun mujur tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
Pihak berkuasa menganggarkan nilai kerugian mencecah NZ$2 bilion (RM4.5 bilion) ekoran banyak kemusnahan harta benda dan bangunan termasuk prasarana awam selain bekalan elektrik, air dan talian telekomunikasi lumpuh sama sekali.
Jurucakap polis, Inspektor Mike Coleman berkata, pihaknya terpaksa menutup semua laluan ke pusat bandar itu selepas mendapati banyak kes curi dan pecah masuk susulan daripada gempa dahsyat selama 40 saat itu.
New Zealand yang terletak di Lingkaran Api Pasifik mengalami 15,000 gegaran kecil setiap tahun dan gempa terburuk pernah melanda negara Kiwi itu pada 1931 yang menyebabkan 256 orang terbunuh. - Agensi
IP Logged
Subject :Henti guna minyak sapi QBB..
2010-09-04 09:54:32
administrator
Junior
Joined : 2009-01-12 19:56:54
Posts : 43
Location : Serdang, Kedah
Forum :
Makanan & Minuman
Topic :
Henti guna minyak sapi QBB
Henti guna minyak sapi QBB
MOHD. MUSTAFFA menunjukkan logo halal yang masih digunakan pada tin minyak sapi QBB Pure Ghee di Kuala Lumpur kelmarin.
KUALA LUMPUR - Masyarakat Islam dinasihatkan menghentikan penggunaan minyak sapi jenama QBB Pure Ghee (gambar) keluaran syarikat QBI Packaging Sdn. Bhd. ekoran penarikan balik status halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 19 Ogos lalu.
Nasihat itu dibuat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) selepas pemantauan Jakim mendapati produk tersebut mengandungi elemen-elemen yang meragukan dari segi status halalnya.
Menurut Pegawai Kerja PPIM, Mohd. Mustaffa Hamzah, penarikan balik produk itu di pasaran perlu dilakukan serta-merta bagi mengelak kekeliruan di kalangan pengguna.
"PPIM juga menyeru agar syarikat terbabit menarik semula produk tersebut yang berada di pasaran manakala Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Jakim pula mesti memantau produk itu dari semasa ke semasa," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
IP Logged
Subject :Jangan kecewa apabila lamaran ditolak..
2010-08-28 06:45:35
administrator
Junior
Joined : 2009-01-12 19:56:54
Posts : 43
Location : Serdang, Kedah
Forum :
Famili
Topic :
Jangan kecewa apabila lamaran ditolak
Jangan kecewa apabila lamaran ditolak
.
.
Ibnu Katsir meriwayatkan di dalam Bidayah Wan Nihayah, ketika Umar Al-Khattab menjadi khalifah, beliau pernah meminang adik kepada Aisyah r.a. iaitu Ummu Kaltsum. Di dalam hal ini Umar telah mengirim surat menyatakan kepada Aisyah hasratnya. Namun Ummu Kalthum berkata, “Aku tidak mahu menikahinya.”
“Apakah engkau menolak Amirul Mukminin?”, tanya Aisyah.
“Ya, sebab hidupnya miskin,” jawab Ummu Kalthum.
Akhirnya Aisyah mengirim surat kepada Amru Bin Al-Ash agar Amru berusaha memalingkan keinginan Umar dari menikahi dengan adiknya. Umar kemudian berkahwin dengan anak Ali bin Abi Talib.
Di dalam Al-Farooq Umar, pakar biografi Dr Muhammad Hussein Haekal , mengisahkan riwayat yang serupa. Dengan tambahan selain Ummu Kalthum, Umar juga pernah meminang seorang wanita bernama Ummu Aban Binti Utbah. Kedua-dua wanita itu menolak pinangan beliau dengan alasan Umar adalah seorang yang kasar, sangat garang terhadap wanita, kedekut dan selalu bermasam muka.
Umar Al-Khattab adalah antara sahabat nabi yang terjamin syurga. Semasa pemerintahan beliau, beliau telah berjaya menawan sebahagian besar jaziriyah Arab. Umar sangat berilmu sehinggakan Rasulullah pernah bersabda, “Sesungguhnya Allah telah menjadikan kebenaran pada lisan dan hati Umar.” Beliau juga seorang yang berwibawa di dalam kepimpinan, Rasulullah pernah bersabda, “sekiranya selepasku ada nabi, sudah pasti Umar.” Namun, apabila insan kelas pertama ini meminang, pinangannya ditolak!
Justeru, jangan bersusah hati apabila pinangan anda tidak diterima. Si dia mungkin mempunyai alasan tersendiri yang tidak dapat anda fahami. Yang penting anda kenal dengan kehebatan diri anda.
Life goes on !
Wallahu’alam.
http://webblog.myjodoh.net/2008/05/13/jangan-kecewa-apabila-lamaran-ditolak/
IP Logged
Subject :Wanita di Bawah Naungan Islam : Beberapa Bentuk Pernikahan yang Dihapu..
2010-08-24 07:47:32
administrator
Junior
Joined : 2009-01-12 19:56:54
Posts : 43
Location : Serdang, Kedah
Forum :
Sudut Agama
Topic :
Wanita di Bawah Naungan Islam : Beberapa Bentuk Pernikahan yang Dihapus Oleh Islam
Subject :Wanita di Bawah Naungan Islam : Beberapa Bentuk Pernikahan yang Dihapus Oleh Islam
12 Ramadhan 1431H.
oleh : Said Abdul Aziz al-Jandul
Barangkali ada baiknya kalau pada pembahasan berikut ini penulis menyebutkan beberapa bentuk pernikahan yang sudah membudaya di zaman jahiliah, lalu Islam menghapuskannya. Kemudian sebagai gantinya, Islam mengajarkan pernikahan yang dilangsungkan berdasarkan “Ijab” dan “Qabul” (serah-terima), kesukarelaan dan pilihan masing-masing pasangan, agar pembaca dapat mengetahui kedudukan rendah yang di alami kaum wanita sebelum Islam, dan kedudukan terhormat lagi mulia yang mereka raih sesudah Islam datang.
Sudah membudaya pada masyakat Jahiliah pada saat itu pernikahan-pernikahan berikut ini:
Nikahul-badl, yaitu seorang lelaki merelakan istrinya untuk lelaki lain, agar orang lain tersebut merelakan istrinya kepadanya. Tujuan pernikahan semacam ini adalah memuaskan nafsu seksual kaum laki-laki. Nikahur rahth, yaitu sejumlah laki-laki kurang dari sepuluh orang mengauli seorang perempuan, mereka mencampurinya secara bergantian dalam selang waktu yang tidak begitu lama; setelah itu si perempuan menolak hubungan seks dengan mereka, apabila ia hamil, lalu melahirkan, maka ia memanggil semua lelaki yang telah mencampurinya itu kemudian ia menentukan ayah bayi yang baru lahir tersebut dari salah satu di antara mereka yang ia suka, lalu lelaki itu pun merimanya dan nasab bayi itupun dengan sendirinya disahkan kepada mereka berdua. Nikahusy-syighar, yaitu pernikahan yang terjadi dengan cara, seperti seorang lelaki berkata kepada lelaki lain: Saya nikahkan kamu dengan putri saya dan sebagai balasannya engkau nikahkan aku dengan putrimu. Nikahul istibdha’, contohnya adalah seorang suami mengatakan kepada istrinya sesudah ia bersih dari haidh, “Datanglah kepada lelaki yang terkenal dengan keberanian dan kedermawanannya itu, lalu mintalah bersenggama dengannya”. Tujuannya adalah agar ia memperoleh seseorang yang mempunyai sifat seperti sifat orang yang terkenal dengan keberanian dan kedermawanannya itu. Selagi si istri belum hamil dari hubungannya dengan laki-laki yang dimaksud, maka sang suami tidak akan mendekatinya. Nikahul Khadan wash-shadaqah (kawin selingkuh). Adalah merupakan kebiasaan orang-orang di masa Jahiliyah menga-takan (kepada laki-laki): “Sembunyi-sembunyilah (dalam berzina) dan itu tidak apa-apa, yang tercela adalah kalau dilakukan secara terang-terangan”. Maka Islam datang mengharamkan dua bentuk hubungan seks ini, seraya Allah berfirman, “Dan janganlah kamu mendekati kerbuatan keji (zina), baik yang tampak maupun yang tersembunyi.” Nikahul katsrah, yaitu datang sejumlah laki-laki kepada seorang perempuan yang biasa melakukan pelacuran (PSK/ pekerja seks komersial), lalu mereka melakukan hubungan sek dengannya, hingga apabila si perempuan itu hamil dan melahirkan, maka mereka pun menghadiri si perempuan jalang itu, lalu orang yang ahli dalam masalah kemiripan menentukan ayah bayi itu di antara salah seorang mereka yang paling mirip dengannya, maka bayi itu ditentukan sebagai anaknya. Dalam masyarakat modern ini pun masih terdapat pernikahan-pernikahan (perkawinan) yang mirip dan sama dengan pernikahan-pernikahan tersebut di atas, dengan cara dan model yang baru. Sebagai contoh, apa yang disebut di zaman Jahiliah dengan nikahu istibdha’ ada di zaman kita sekarang ini, yaitu apa yang disebut dengan “proses pembuahan janin secara medis” (talqih shina’iy). Yaitu menyuntikkan sperma laki-laki lain (bukan suami) yang dikenal dengan kesuburannya ke dalam rahim seorang istri atas persetujuan dia dan suaminya. Dan ada kalanya penyuntikan itu berulang-ulang beberapa kali, bahkan adakalanya seperma pun berasal dari beberapa orang lelaki, dan laki-laki itu terkadang masih ada hubungan kerabat dengan si perempuan itu dan ada kalanya tidak demikian. Yang sama dengan nikahul-badl di mana dahulu pernah ada di dalam masyarakat Jahiliyah adalah apa yang dikenal pada abab modern ini dan di masyarakat Amerika dengan nama “saling bergantian istri”. Gonta ganti pasangan ini dapat tercapai dengan berbagai cara, di antaranya adalah melalui permainan rullete (permainan berasal dari Italia). Ringkasnya, dalam permainan ini beberapa istri berkumpul dalam bentuk lingkaran, lalu salah seorang suami duduk di tengah-tengah lingkaran tersebut sambil memutar cermin ke arah lingkaran itu, apabila cermin itu berhenti pada salah seorang di antara para perempuan itu, maka si perempuan itu pun berdiri dan pergi bersama lelaki yang memutar cermin tadi untuk tidur bersamanya selama satu malam. Di sana masih ada satu hal lagi yang sangat mendasar di dalam permainan gila tadi, yaitu istri si lelaki yang memutar cermin tidak diperbolehkan duduk bersama para perempuan di dalam lingkaran di saat suaminya sedang memutar cermin, karena dikhawatirkan cermin berhenti menghadap kepada istrinya sendiri, sebab pada dasarnya si suami tidak menghendakinya dan yang ia kehendaki adalah istri orang lain. Saling bergantian istri di atas sangat mirip dengan nikah Mut’ah atau Nikah syighar yang di kenal di masa jahiliyah, sebab pembatasan waktu menggauli istri (orang lain) dalam satu malam itu membuatnya hampir sama dengan nikah mut’ah; sedangkan kerelaan menyerahkan istri untuk digauli oleh lelaki lain dengan syarat istrinya direla-kan untuk digaulinya sangat mirip dengan nikah syighar. Nikah Mut’ah. Bentuk pernikahan ini tidak bertujuan kecuali kenikamat seksual belaka, dan itu merupakan nikah dalam jangka waktu tertentu. Adakalanya jangka waktunya itu telah sama-sama diketahui, seperti si wali mengatakan kepada laki-laki (yang akan menikah), “Saya nikahkan kamu dengan putriku”, atau “saudara perempuanku dalam jangka waktu satu hari saja”, atau “satu bulan saja”, atau “satu tahun”. Dan ada kalanya tidak diketahui jangka waktunya, seperti seseorang mengatakan, “Aku nikahkan kamu dengan putriku”, atau “dengan saudariku hingga si anu datang dari kepergiannya”. Maka apabila sehari atau sebulan berlalu, sebagaimana kesepakatan, atau si anu tadi datang dari perjalanan jauhnya, maka kedua pasangan sudah harus berpisah. Islam pada awal mulanya membolehkan pernikahan mut’ah itu karena kondisi tertentu, yang pada awalnya untuk memberi kesempatan waktu agar jiwa siap untuk meninggalkan suatu tradisi yang biasa mereka dilakukan sebelum Islam. Ini adalah salah satu metode pendekatan yang dilakukan oleh Islam di dalam menanggulangi beberapa problematika sosial, sebagaimana terjadi ketika mengharamkan minuman keras (khamar) secara bertahap tidak sekaligus. Setelah jiwa mereka siap menerima pergeseran dari tradisi yang sudah mengakar kuat tersubut, maka nikah mut’ah diharamkan hingga hari kiamat. Abdullah bin Mas’udradhiyallahu ‘anhu menuturkan tentang hal di atas: “Kami pernah berperang bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan kami tidak membawa istri, maka di antara kami ada yang berkata, “Mengapa kita tidak mengkebiri diri saja?” Namun Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam melarang kami akan perbuatan itu, lalu beliau memberikan keringanan bagi kami nikah kontrak dengan mahar pakaian.” (Ini adalah suatu riwayat yang muttafaq ‘alaih). Sesungguhnya diperbolehkannya nikah mut’ah itu tidak mempunyai kaedah hukum kontinu atau abadi, karena terdapat riwayat yang dinukil oleh Imam Ahmad dan Imam Muslim, bahwasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda,إِنِّيْ أَذِنْتُ لَكُمْ فِي اْلاِسْتِمْتَاعِ مِنَ النِّسَاءِ وَأَنَّ اللهَ قَدْ حَرَّمَ ذَلِكَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ، فَمَنْ كَانَ عِنْدَهُ مِنْهُنَّ شَيْءٌ فَلْيُخَلِّ سَبِيْلَهُ، وَلاَ تَأْخُذُوْا مِمَّا آتيَتْمُوْهُنَّ شَيْئًا. “Sesungguhnya aku dahulu pernah mengijinkan kalian nikah mut’ah, dan sesungguhnya Allah telah mengharamkannya hingga hari kiamat. Maka Barangsiapa di antara kalian yang masih mempunyai ikatan mut’ah dengan mereka (para perempuan) maka hendaklah ia membebaskannya, dan janganlah kalian mengambil sesuatu yang telah diberikan kepada mereka.” Berdasarkan hadits di atas pengharaman nikah mut’ah adalah pengharaman abadi sepanjang masa, tidak ada batas waktunya. Inilah yang dipegang teguh oleh para Ulama dan para ahli fiqih di seluruh penjuru dunia, selain sekte (agama) Syi’ah yang berpandangan bahwa nikah mut’ah adalah merupakan salah satu bentuk pernikahan yang diperbolehkan di dalam Islam, dan ia utuh selagi prinsip-prinsip ajaran Islam utuh. Mereka dalam masalah ini menolak hadits-hadits yang diriwayatkan oleh para shahabat Nabi yang bukan dari keluarga Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, dengan anggapan bahwa para shahabat itu tidak adil, karena tidak mengakui keberhakkan Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu memegang tampuk Khilafah sepeninggal Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Bentuk pernikahan seperti ini, dalam pandangan pe-nulis, tidak lain hanya sebagai legalisasi dari perzinaan, dan sangat serupa dengan praktik yang dikenal pada zaman modern ini dengan hubungan perselingkuhan antara laki-laki dan perempuan, apabila kita menganggap bahwa pemberian hadiyah lelaki kepada lawan jaenisnya itu sebagai (upah) mahar. Semua bentuk pernikahan tersebut di atas menunjukkan betapa buruknya status dan kondisi perempuan di dalam masyarakat non muslim yang komitmen kepada Islamnya, juga menunjukkan, setidaknya, tidak adanya perhatian terhadap harkat dan martabat kaum perempuan. Maka dari itu Islam menghapus semua bentuk praktik pernikahan tersebut, sekaligus mendekralasikan bahwa harkat dan martabat kaum perempuan di masyarakat yang sebenarnya tidak sejalan dengan pelecehan yang tidak layak bagi kaum perempuan sebagai sosok manusia yang seharusnya memperoleh penghormatan dan penghargaan. Islam mengganti paraktik-praktik pernikahan hina itu dengan satu bentuk pernikahan yang mempunyai nilai ikatan suci antara laki-laki dan perempuan yang dibangun di atas dasar kerelalaan, rasa cinta dan sama-sama berupaya untuk saling merealisasikan kebahagiaan di antara kedua pasangan suami-istri sepanjang hayat; sebagaimana Allah tegaskan di dalam firman-Nya:وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untuk kamu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tentram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kamu yang berfikir.” (Ar-Rum: 21).
IP Logged
Subject :Refleksi Ramadhan : Bersiwak di Bulan Ramadhan..
2010-08-24 07:44:41
administrator
Junior
Joined : 2009-01-12 19:56:54
Posts : 43
Location : Serdang, Kedah
Forum :
Sudut Agama
Topic :
Refleksi Ramadhan : Bersiwak di Bulan Ramadhan
12 Ramadhan 1431H.
oleh : Syaikh
RENUNGAN KE-17
Bersiwak di Bulan Ramadhan
Sebenarnya masalah ini telah saya jelaskan di muka, tetapi tak ada salahnya kalau saya jelaskan lagi secara khusus, saya katakan bahwa bersiwak adalah amal yang disyari’atkan, terutama pada waktu-waktu yang disunnahkan, yaitu:
*Ketika hendak shalat;
*Ketika berwudhu;
*Ketika masuk rumah;
*Ketika bangun tidur;
*Ketika hendak membaca Al-Qur'an, dan
*Ketika bau mulut berubah.
Dalil mengenai hal tersebut banyak, salah satunya hadits Abu Hurairah Rasulullah shallallahu ‘alaihui wasallam bersabda,لَوْ لاَ أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي لَأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ صَلاَةٍ. “Kalaulah tidak memberatkan kepada umatku, aku akan menyuruh mereka bersiwak setiap mau shalat.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim), dan pada riwayat lain “Setiap berwudhu’.” (Al-Muwattha’). Aisyah radhiallahu ‘anha ditanya, “Apa yang pertama kali Nabi lakukan di saat masuk rumah?” Jawabnya, “Bersiwak.” (HR. Muslim). Hudzaifah radhiallahu ‘anhu berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihui wasallam apabila bangun tidur malam, beliau menggosok giginya dengan siwak.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim). Dan Rasulullah shallallahu ‘alaihui wasallam bersabda,السِّوَاكُ مَطْهَرَةٌ لِلْفَمِ مَرْضَاةٌ لِلرَّبِّ. “Bersiwak itu membersihkan mulut dan diridhai Allah.” (HR. Ahmad, Ibnu Majah, dan Ad-Darimi). Karena itu, sepantasnyalah seorang muslim membiasakan dirinya bersiwak pada setiap saat, terutama di waktu yang enam tadi, baik di bulan Ramadhan atau bulan lainnya, karena menurut pendapat yang shahih bahwa bersiwak bagi yang puasa disyari’atkan sebelum zawal (tergelincir matahari) atau setelahnya, persis seperti orang yang tidak puasa, dan sabda Nabi shallallahu ‘alaihui wasallam ‘inda kulli shalat, atau ‘inda kulli wudhu, itu mencakup sebelum zawal atau sesudahnya. Adapun hadits Ali radhiallahu ‘anhu berikut ini adalah hadits dhaif,إِذَا صُمْتُمْ فَاسْتَاكُوْا بِالْغَدَاةِ وَلاَ تَسْتَاكُوْا بِالْعَشِيِّ. “Apabila kamu berpuasa hendaklah bersiwak di pagi harinya jangan di sore harinya.” (HR. Al-Baihaqi dan Ad-Darimi). Begitu juga hadits yang satu ini, “Seringkali saya lihat Nabi shallallahu ‘alaihui wasallam bersiwak dan ia sedang puasa.” (HR. Ahmad dan Ad-Daruqutni).
IP Logged
Subject :Senda minggu ini..
2010-08-24 07:42:55
Forum :
Macam² Ada...
Topic :
Senda minggu ini
13 Ramadhan 1431 H
Oleh: rahimothman
NTR : Saya nak ingatkan awak !
LGE : Bagus!!.. ingat mengingat memang dituntut oleh Islam!
NTR : Awak jangan sibuk fasal Islam ! saya tak suka.. tau?
LGE : Tapi saya suka !..
NTR : Sahabat saya “Z” beri tau,, yang awak hadir dalam majlis pemberian zakat,,kenapa ?
LGE : Tak baik kita hampakan jemputan orang ! NTR : Awak bukan Islam ! Kenapa nak sibuk ? LGE : Islam bukan hak Melayu atau UMNO,… tapi hak semua manusia ! NTR : Banyak cakap pulak kamu ya !! Dah bersunat ? LGE : Dalam Islam buat yang wajib dulu !,, bukan yang sunat ! NTR : Ooooo loye buruk ye !! LGE : Bukan loye buruk ! tapi berkata benar,,.. Islam larang berbohong ! NTR : Huh ! ! terror sangat ke pasal Islam ? Rukun Islam ada berapa ? LGE : Tau ! NTR : Rukun Iman ? LGE : Tau ! NTR : Tau, tau tau!.. jawab le berapa ? LGE : Dua-dua rukun ada 11 NTR : ??!!??!!**%%$$ !!!!!!!!!!
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 12:10 PM
IP Logged
Subject :Dr M Bantah Projek Jambatan Langkawi...
2010-08-24 07:38:39
Forum :
Negara
Topic :
Dr M Bantah Projek Jambatan Langkawi.
Dr Mahathir berkata Langkawi tidak sesuai untuk dijadikan daratan.
LANGKAWI, 23 Ogos 10: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju cadangan projek pembinaan jambatan berharga RM130 bilion kerana ia akan menjejaskan kecantikan dan keunikan pulau peranginan itu.
“Pulau Langkawi perlu kekal sebagai pulau, jika pulau hendak dijadikan daratan tidak sesuai,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan berupa wang dan coklat dari Jetty Points kepada 120 anak yatim dan kanak-kanak istimewa di perkarangan Masjid Istiqamah Kuala Teriang di sini malam tadi.
Dua syarikat di Perlis telah mencadangkan untuk membina jambatan sejauh 48km menghubungkan Langkawi dan Kuala Perlis.
Jumaat lepas, Pengerusi Eksekutif Juruelit Sdn Bhd, Kamarudin Husin berkata pihaknya mempunyai kemampuan dana yang mencukupi untuk melaksanakan projek itu, termasuk pembinaan jambatan monorel.
Bekas Perdana Menteri itu merupakan perancang utama yang membangunkan Langkawi iaitu dari sebuah pulau yang tidak dikenali menjadi destinasi pelancongan yang unggul di negara ini dengan pelbagai produk pelancongan seperti Kereta Kabel, Galeria Perdana, Kota Mahsuri, Underwater World, Taman Burung dan Kompleks Kraf.
Dr Mahathir berkata masih banyak ruang perlu dibuat dan berharap setiap program yang akan dilaksanakan perlu mendapat kebenaran dari kerajaan agar peruntukan dapat disalurkan untuk memajukan industri pelancongan Langkawi, katanya.
Beliau berkata Langkawi diberi tumpuan dalam industri pelancongan dan berharap program ke arah itu perlu dipertingkatkan. Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, beliau sedih kerana umat Islam sesama sendiri bermusuhan antara satu dengan lain.
“Kita sesama Islam mestilah bersaudara walaupun mempunyai perbezaan pendapat, tapi tidak bermusuhan sehingga berpecah yang akan menjadi lemah dan hilang kuasa di negara sendiri,” katanya.
Dr Mahathir dan isteriya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali bersama 500 umat Islam menghadiri majlis berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak dan Tarawih di masjid berkenaan. — Bernama.
IP Logged
Subject :Bayar Zakat/Fitrah Dg Dinar & Dirham, Bagaimana Luar K'tan?..
2010-08-24 07:37:15
Forum :
Negara
Topic :
Bayar Zakat/Fitrah Dg Dinar & Dirham, Bagaimana Luar K'tan?
KL, 23 Ogos 10: Rakyat Kelantan diseru menunaikan bayaran zakat fitrah tahun ini menggunakan dinar atau dirham Kelantan.Selain sebagai tanda sokongan kepada usaha Kelantan, ianya juga sebagai mengembalikan syiar Islam yang sejak dahulu menggunakan dinar dan dirham sebagai mata wang.
"Balik Kelantan, bayar zakat fitrah dengan dirham Kelantan," kata Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa.
Beliau berkata demikian sewaktu berucap di Majlis Berbuka Puasa Persatuan Anak Darul Naim (Persada) Kuala Lumpur dan Selangor, di ibu negara kelmarin.
Turut berucap pada majlis itu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.
Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menyatakan hasratnya untuk membayar zakat fitrah tahun ini menggunakan dinar dan dirham.
Hasrat sama juga turut dizahirkan para Exco kerajaan negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) serta pemimpin PAS negeri itu.
Selain itu, rakyat Kelantan termasuk yang berada di perantauan turut diseru membayar zakat fitrah dengan dinar atau dirham.
Isu dinar dan dirham yang diperkenal Kelantan menjadi kontroversi apabila kerajaan pusat menganggap ianya bertentangan dengan undang-undang.
Menurut mereka, hanya kerajaan Persekutuan melalui kelulusan Bank Negara, boleh mengeluarkan mata wang.
Kelantan bagaimanapun berpendapat, pengeluaran dinar dan dirham tersebut hanyalah untuk kegunaan rakyat negeri itu sesama mereka atau sebagai perhiasan.
Komen Blog Ibnu Hasyim : Kita ingin dengar komen pemimpin PAS luar Kelantan, seperti Kedah atau PAS Pusat, supaya Dinar/Dirham Kelantan boleh dikembangkan di luar Kelantan, dan tidak semestinya untuk zakat/fitrah sahaja. (AK)
IP Logged
Subject :Bongkar! Keluarga Obama Terlibat Rampas Kuasa Anti Soekarno..
2010-08-24 07:33:28
Forum :
Dunia
Topic :
Bongkar! Keluarga Obama Terlibat Rampas Kuasa Anti Soekarno
Keluarga Obama Terlibat Kudeta Anti-Soekarno Monday, 23 August 2010: Peneliti dan penulis asal AS, Wayne Madsen, mengungkapkan data terkait hubungan keluarga Presiden Barack Obama dengan Badan Intelijen AS (CIA). Madsen berhasil mendapatkan data-data yang menunjukkan bahwa CIA dan tokoh-tokoh badan ini mempunyai hubungan dekat dengan Obama berikut ibu dan ayahnya, bahkan hingga nenek dan kakeknya.
Situs Walternet dalam laporan utamanya mengungkap hubungan ayah Obama dengan operasi-operasi yang didukung CIA di Kenya. Operasi-operasi CIA itu melibatkan ayah Obama untuk mencegah infilterasi Uni Soviet dan Cina di tengah para mahasiswa Kenya. Bahkan ayah Obama juga ditugaskan untuk mencegah tampilnya para tokoh independen Afrika.
Madsen dalam laporannya menulis, "Obama pada tahun 1983 bekerja di Business International Corporation. Ini adalah salah satu perusahaan yang dinaungi oleh CIA. Perusahaan ini seringkali menggelar seminar dan mengundang para pemimpin dunia, bahkan juga mengundang para penulis kolom media-media sebagai agen-agen CIA di luar negeri."
Berlandaskan laporan tersebut, pekerjaan Obama berhubungan dengan aktivitas spionase CIA. Ibu Obama yang bernama Stanley Ann Dunham diduga terlibat dengan kedeta dekade 60-an di Indonesia. Setelah kudeta itu, ia bekerja untuk sejumlah lembaga di bawah CIA. Di antara lembaga itu adalah Pusat Timur-Barat di Universitas Hawai, Badan Pengembangan Internasional AS dan Lembaga Freud.
Berdasarkan laporan tersebut, Ann Dunham pada tahun 1965 berkenalan dengan ayah tiri Obama, Lolo Soetoro, dan kemudian keduanya menikah. Pada tahun itu, Soetor dipanggil ke Indonesia sebagai perwira militer dan asisten Jenderal Soeharto dan CIA yang berniat menjatuhkan Presiden Soekarno.
Sementara itu, Ayah Obama berkenalan dengan Ann Dunham pada tahun 1959 di kelas bahasa Rusia, Universitas Hawai. Itu adalah kelas yang merupakan salah satu program AS yang mengirim 280 mahasiswa Afrika Timur ke berbagai kampus di Negeri Paman Sam.
Koran Reuters dalam laporannya tertanggal 12 September 1960 menjelaskan, program beasiswa itu didukung oleh Lembaga Josseph Kennedy. Menurut Madsen, program itu pada dasarnya adalah operasi CIA dengan tujuan mendidik para agennya di Afrika. Sebab, Afrika saat itu menjadi ajang perebutan kekuasaan antara AS, Uni Soviet dan Cina.
Pada saat yang sama, program beasiswa itu juga mendapat kecaman dari Wakil Ketua Organisasi Demokratik Afrika Kenya, Masinde Muliro. Sementara program itu mendapat dukungan dari Ketua Organisasi Demokratik Afrika Kenya, Tom Mboya, bahkan dialah yang memilih ayah Obama untuk mengikuti program bea siswa tersebut.
Menurut laporan Reuters, Mboya setelah menolak program beasiswa 100 ribu dolar dari Deplu AS, menerima usulan beasiswa dari Lembaga Kennedy. Terkait hal ini, Madsen menulis, "Jelas sekali, Mboya khawatir menerima bantaun langsung dari AS. Sebab, hal itu akan menyebabkan geramnya para tokoh komunis di Kenya yang saat itu menduga adanya hubungan Mboya dengan CIA."
Setelah itu, program beasiswa dipindahkan ke Lembaga Kennedy, bahkan terbentuklah Lembaga Mahasiswa Afrika-AS. Pada tahun itu, Mboya mengkoordinasi para mahasiswa dari berbagai negara di Afrika untuk mendapatkan beasiswa di AS.
Laporan itu juga menyebutkan, ayah Obama adalah salah satu teman dekat Mboya. Setelah Mboya diteror pada tahun 1969, ayah Obama memberikan kesaksian di pengadilan. Ia pun mengaku terancam aksi teror karena kesaksiannya di pengadilan dalam kasus tewasnya Mboya.
Setelah itu, ayah Obama pada tahun 1962 meninggalkan Universita Hawai dan menuju Harvard. Pada tahun 1964, ia menceraikan Ann Dunham dan menikah dengan seorang mahasiswi Yahudi AS yang kemudian kembali ke Kenya bersama perempuan Yahudi ini.
Berdasarkan laporan tersebut dapat disimpulkan bahwa Mboya adalah salah satu agen penting CIA untuk Kenya bahkan Afrika. Hubungan dekat ayah Obama dengan Mboya pun mengundang kecurigaan tersendiri.
Yang lebih unik lagi, ibu Obama juga termasuk pihak yang digunakan CIA untuk mengkudeta Presiden pertama RI, Ahmad Soekarno. Hal itu bisa dilihat dari hubungan dan pernikahan ibu Obama dengan ayah tiri Obama yang juga asisten Soeharto. (IRIB/ AK)
IP Logged
Subject :Bukan Islam tidak perlu takut SHAH ALAM - Bukan Islam tidak perlu tak..
2010-08-24 07:31:31
administrator
Junior
Joined : 2009-01-12 19:56:54
Posts : 43
Location : Serdang, Kedah
Forum :
Sudut Agama
Topic :
Bukan Islam tidak perlu takut SHAH ALAM - Bukan Islam tidak perlu takut dengan perlaksanaan hukuman
Subject :Bukan Islam tidak perlu takut SHAH ALAM - Bukan Islam tidak perlu takut dengan perlaksanaan hukuman Bukan Islam tidak perlu takut
SHAH ALAM - Bukan Islam tidak perlu takut dengan perlaksanaan hukuman hudud kerana ia akan dilakukan terhadap pesalah beragama Islam sahaja. :Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, hukuman hudud perlu dilaksanakan segera memandangkan undang-undang manusia hari ini jelas gagal dalam usaha mendidik masyarakat. :Katanya, kini adalah waktu yang sesuai untuk kembali kepada undang-undang Allah. Perlaksanaannya adalah mengikuti kerohanian yang sebelum ini hanyalah fizikal. :"Lihatlah negara yang mengamalkannya. Hanya berapa kali hukuman itu dilaksanakan, jelas jenayah berkurangan. Inilah yang kita mahukan sebenarnya.Hukuman akan dikenakan kepada mereka yang melakukan kesalahan sahaja, bukan sembarangan," katanya. : :Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang tidak bersetuju dengan cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah menggantikan undang-undang sivil dengan hudud. :Menurut Tuan Ibrahim, Pas kecewa kerana kegagalan perlaksanaan hudud disebabkan sikap orang Islam sendiri.
IP Logged
Subject :Menyimpan tali pusat untuk kecemasan..
2010-08-24 07:26:36
Forum :
Dunia
Topic :
Menyimpan tali pusat untuk kecemasan
Menyimpan tali pusat untuk kecemasan
Oleh NURUL IZZA ROSLY izza.rosly@kosmo.com.my
TIGA tahun lalu, doktor mengesahkan Philip Meehan, 42, dari West Sussex, Selatan England menghidap penyakit leukemia dan memerlukan pembedahan pemindahan sumsum tulang dengan segera.
Oleh kerana Meehan merupakan anak tunggal, dia tidak mempunyai kesesuaian darah di kalangan ahli keluarga untuk membantunya. Pada masa yang sama, dia mengambil inisiatif mencari penderma melalui Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) dan Anthony Nolan Trust selama enam bulan. Namun, usaha itu gagal.
"Keadaan menjadi kelam-kabut kerana saya perlu menjalani pemindahan sumsum tulang. Dalam kebingungan itulah, pihak hospital memberitahu saya mengenai satu perkara baru iaitu rawatan daripada darah tali pusat," katanya.
Kebetulan satu tali pusat ditemui dan ia sepadan dengan darah Meehan, walaupun harapannya tipis tetapi itu adalah satu-satunya penyelesaian buat kelangsungan hayat Meehan.
"Saya begitu bertuah dan bersyukur kerana seorang ibu dan bayi yang tidak dikenali telah menyelamatkan nyawa saya. Setiap hari saya akan memikirkan tentangnya (bayi) yang telah mendermakan sel stemnya.
"Oleh kerana program amanah tersebut merahsiakan maklumat penderma, saya tidak dapat mengetahui siapa mereka sampai bila-bila.
"Namun, saya bersyukur dan berharap mereka dikurniakan kesihatan yang baik pada masa depan seperti mana mereka memberikan 'kehidupan' baru buat saya," katanya yang bekerja sebagai jurutera bunyi.
Tambah Meehan, walaupun tidak 100 peratus pulih tetapi keadaan kesihatannya lebih baik berbanding dahulu.
"Saya masih rasa letih tetapi kekuatan saya kian kembali dan akan kembali seperti normal. Tidak sesihat dahulu tetapi ia hampir normal," katanya.
Itu adalah salah satu cerita kejayaan rawatan menggunakan sel stem yang kian mendapat sambutan. Ia bukan sahaja digunakan untuk merawat penyakit yang kritikal seperti leukemia malah, mampu merawat pelbagai jenis penyakit seperti penyakit jantung, penyakit hati dan osteoartritis.
Pengasas Pusat Perubatan Primanora, Datuk Dr. Nor Ashikin Mokhtar memberitahu, sel stem merupakan sel utama yang terdapat di dalam badan manusia. Ia boleh berganda daripada satu sel kepada dua, dua kepada empat, empat kepada lapan dan berikutnya.
Selain itu, ia juga boleh berubah menjadi jenis sel dan tisu yang lain. Terdapat dua jenis sel stem manusia iaitu sel stem Hematopoietik (HSCs) dan Mesenkima (MSCs).
PROSES pengambilan sel stem daripada tali pusat bayi bukanlah satu proses yang menyakitkan atau memudaratkan ibu dan bayi.
"Sel stem HSCs hanya boleh berubah menjadi komponen darah seperti sel darah merah, sel darah putih dan platlet manakala sel stem MSCs pula boleh berubah menjadi sel-sel dan tisu-tisu seperti otak, jantung, tulang, saraf dan rawan.
"Sel stem ini boleh datang daripada beberapa sumber seperti tali pusat (MSCs) dan darah tali pusat (HSCs) untuk bayi. Bagi orang dewasa pula sel stem boleh diambil daripada tisu adipos (MSCs), tulang sumsum (MSCs) dan darah periferi (HSCs)," katanya.
Malah, menurut standard antarabangsa, sel stem boleh terus hidup bagi tempoh masa yang tidak terbatas selagi ia disimpan pada suhu -190 darjah Celsius.
Baik pulih tisu
Nor Ashikin memberitahu, bidang perubatan kini memberikan fokus menggunakan sel stem untuk membaiki kerosakan tisu dan organ kerana ia dapat membantu bayi jika diserang penyakit atau kecederaan.
"Para doktor percaya bahawa sel stem mampu untuk memulih dan membaiki kerosakan yang berlaku. Bidang perubatan yang semakin berkembang kini terarah pada rawatan yang melibatkan kecederaan otak dan diabetes juvenil," ujarnya.
Dalam pada itu, sel stem juga dikatakan mampu merawat penyakit seperti sklerosis lateral amiotrofi (ALS), kecacatan jantung sejak lahir, kecederaan saraf tunjang, kecederaan otak, hilang pendengaran, penyakit hati, strok, palsi serebrum, penyakit jantung serta kecederaan ortopedik.
Selama ini kita disogok dengan maklumat bahawa sel stem hanya boleh didapati daripada tali pusat bayi namun, ia juga boleh didapati pada orang dewasa tetapi apabila peningkatan usia berlaku potensi sel stem tersebut merosot. Ini menunjukkan sel stem yang muda lebih baik.
Disebabkan orang dewasa tidak berpeluang menyimpan sel stem mereka, syarikat seperti CryoCord menyediakan perkhidmatan penyimpanan AdiMSCs, MarrowMSCs dan PBSCs kepada golongan dewasa.
"Walau bagaimanapun, sel stem tidak mampu menyembuhkan segala penyakit sebagaimana para penyelidik percaya bahawa rawatan sel stem mempunyai potensi bagi mengubah rawatan ke atas penyakit manusia.
"Terdapat beberapa rawatan sel stem melibatkan golongan dewasa sudah wujud, terutama sekali melibatkan pemindahan sumsum tulang yang digunakan untuk merawat leukemia," katanya.
Tambahnya, penyelidik perubatan juga menjangkakan dapat menggunakan teknologi daripada penyelidikan sel stem untuk merawat pelbagai jenis penyakit secara meluas termasuk kanser, penyakit parkinson, kecederaan saraf tunjang, sklerosis lateral amiotrofik (kemerosotan otot), sklerosis berbilang, kecederaan otot dan beberapa ketidaksempurnaan yang lain.
"Rawatan menggunakan sel stem untuk menyelamatkan nyawa sudah pun dipraktikkan sejak beberapa dekad yang lalu termasuk rawatan bagi pesakit leukemia, kanser dan gangguan darah," ujarnya.
Tidak menyakitkan
SEL stem perlu disimpan dengan teliti di dalam cecair nitrogen dalam suhu -190 darjah Celsius bagi mengelakkannya rosak.
Dalam pada itu, Pengurus Kanan Jualan CryoCord Sdn. Bhd., Pan Yok Suan memberitahu, prosedur pengambilan sel stem tidak menyakitkan kerana ia berlaku di luar tubuh dan pakar sakit puan hanya melakukan kutipan selepas si ibu melahirkan bayi.
"Ibu tidak akan rasa apa-apa kesakitan, begitu juga dengan bayi kerana tali pusat bayi hanya terdiri daripada vena dan arteri bukannya saraf.
"Berhubung dengan prosedur pungutan darah tali pusat, doktor akan mengambil darah tali pusat dan disimpan di dalam beg khas sejurus selepas kelahiran bayi. Doktor akan memotong tali pusat selepas plasenta keluar," katanya sambil memberitahu kutipan tersebut kemudian akan dihantar ke makmal di Cyberjaya, Selangor untuk diproses.
Berdasarkan Protokol Pembekuan Darah Tali Pusat New York, sel stem boleh disimpan sepanjang hayat di bawah suhu - 150 darjah Celsius.
SEL stem daripada tali pusat dikeluarkan untuk penyimpanan. - Gambar hiasan
CryoCord akan menyimpan sel stem di dalam cecair nitrogen yang mana suhunya -190 darjah Celsius. Selain itu, CryoCord akan membayar ganti rugi jika semua sel stem yang disimpan rosak apabila pengambilan sel stem untuk pemindahan.
Dalam pada itu, Yok Suan memberitahu kesedaran masyarakat kini mengenai penyimpanan sel stem sangat baik dan memberangsangkan, namun ia masih memerlukan sokongan daripada kerajaan seperti di negara-negara lain yang menggalakkan rakyatnya menyimpan sel stem.
"Menjadi organisasi perintis menyediakan kemudahan sel stem cryopreservation di Malaysia, CryoCord membina asas yang kukuh dengan membina pejabat dan makmal yang terletak di Lembah Klang.
"Dengan rangkaian yang luas di seluruh negara, kami mempunyai pejabat di di Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru dan Kuching di mana perunding kami akan bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk menyampaikan maklumat kepada semua pelanggan yang berada di luar Lembah Klang.
IP Logged
Subject :Pasar raya pandu lalu pertama di Britain..
2010-08-24 07:24:22
Forum :
Dunia
Topic :
Pasar raya pandu lalu pertama di Britain
Pasar raya pandu lalu pertama di Britain
RUANG pandu lalu pasar raya Tesco di Baldock, Hertfordshire, Britain yang akan dibuka hari ini.
BALDOCK - Rangkaian pasar raya keempat terbesar di dunia, Tesco akan membuka pasar raya pandu lalu pertama di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.
Projek perintis itu akan dilancarkan secara rasmi di bandar ini, daerah Hertfordshire, England pada hari ini.
Perkhidmatan itu disasarkan kepada pelanggan yang tidak mahu berasak-asak semasa membeli belah pada hujung minggu.
Dengan caj rata serendah £2 (RM9.75), pelanggan akan membuat pesanan, membayar untuk barang dapur dan menetapkan waktu untuk mengambil barangan tersebut secara dalam talian.
Mereka kemudian perlu memandu ke kemudahan pandu lalu itu yang beroperasi tujuh hari seminggu selain menunjukkan senarai pesanan kepada petugas pasar raya Tesco yang akan memunggah barangan mereka ke dalam kereta. - Agensi
IP Logged
Subject :Taip 26 perkataan dalam masa 25 saat..
2010-08-24 07:23:16
Forum :
Dunia
Topic :
Taip 26 perkataan dalam masa 25 saat
Taip 26 perkataan dalam masa 25 saat
MELLISA THOMPSON menunjukkan telefon bimbit yang digunakan untuk menaip mesej.
LONDON - Seorang wanita Britain, Melissa Thompson, 27, memecahkan rekod dunia apabila dia berjaya menaip mesej yang mengandungi 26 patah perkataan dalam tempoh 25 saat, lapor sebuah akhbar semalam.
Catatan itu adalah 9.6 saat lebih pantas berbanding rekod yang pernah dicatatkan sebelum ini.
Namun, rekod itu masih diteliti sebelum disahkan oleh pihak Guinness .
Dia yang berasal dari Salford, Greater Manchester menggunakan telefon pintar Samsung Galaxy S .
Pada Mac lalu, mesej yang sama turut dihantar dengan menggunakan telefon pintar Samsung Galaxy S oleh Franklin Page dari Amerika Syarikat (AS).
Namun, masa yang dicatatkan cuma 35.54 saat.
Rekod itu dicipta oleh Thompson dengan menggunakan papan kekunci khas telefon pintar tersebut.
Ia membolehkan pengguna menaip teks tanpa memerlukan jari diangkat daripada skrin.
"Adalah sangat mengejutkan apabila saya mendapat tahu saya merupakan penaip teks terpantas di dunia," kata Thompson. - Agensi
IP Logged
Subject :Re: Ujian DNA dedahkan Hitler mungkin keturunan Yahudi..
2010-08-24 07:21:30
Forum :
Dunia
Topic :
Ujian DNA dedahkan Hitler mungkin keturunan Yahudi
Kajian oleh sekumpulan ahli sejarah yang dilakukan di Jerman mendapati, kajian semula yang dibuat oleh mereka memperoleh jawapan bahawa Hitler dan Nazi menerima dana perang daripada keturunan Rothschild yang berpusat di Britain. Penemuan itu juga merekodkan Hitler adalah ahli elit dalam pertubuhan rahsia Thule Society dan Vril Society yang berpusat di Jerman. Malah, Leonardo Da Vinci juga direkodkan sebagai salah seorang daripada ahli Thule Society yang mewarisi pengetahuan terahsia. Kumpulan pengkaji tersebut juga berjaya mengesan rekod urusan pemindahan wang daripada Rothschild kepada Nazi menerusi Bank of England.
Juga menerusi kajian itu mendapati kelengkapan dan senjata perang yang digunakan Nazi Jerman yang dibekalkan firma pembuatan senjata milik keturunan Rothschild di Amerika iaitu IG Farben yang diuruskan Paul Warburg.
Pihak yang berada dibelakang Hitler dan menyediakan dana untuk ‘misi’ Perang Dunia Kedua kepada Nazi adalah daripada keturunannya sendiri. Peristiwa holocaust yang dilakukan Hitler hanya dijadikan alasan untuk penubuhan negara Israel selepas menjadikan golongan Yahudi Ortodox sebagai mangsa Nazi. Sesiapa sahaja yang menentang idea penubuhan negara Israel akan ditentang dan dibunuh. Maka matlamat Perang Dunia Kedua juga adalah untuk menghapuskan Yahudi Ortodox yang tidak pernah bersetuju dengan penubuhan negara di tanah yang dijanjikan, mereka akhirnya dibunuh demi menjayakan agenda Illuminati untuk mendirikan negara laknat, Israel.
Dalam kajian yang sama, kumpulan pengkaji tersebut cuba menjejak saudara mara Hitler yang masih wujud hari ini untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai tokoh perang itu. Mereka kemudian mengambil sampel DNA Hitler untuk dipadankan dengan rakyat Jerman dan orang Eropah di negara-negara yang lain. Jawapan yang ditemui mendapati, DNA Hitler adalah sepadan dengan DNA keturunan Bauer, manakala keturunan Bauer pula adalah daripada keturunan Rothschild yang mempunyai kod genetik DNA yang sama!
Stalin
Malah lebih mengejutkan, kajian DNA selanjutnya mendapati semua 42 Presiden Amerika Syarikat, Stalin (pemimpin komunis), Karl Marx, Darwin (pengasas teori evolusi beruk), British Merovingan (golongan istana Britain) dan majoriti orang Yahudi adalah daripada garis keturunan yang berkait rapat dengan Top 13 Illuminati Bloodlines termasuk Rothschild dan Adolf Hitler. Mereka semua bersaudara, saling bekerjasama dan berkongsi agenda yang sama ke arah New World Order dan One World Government .
The Mind of Adolf Hitler
Buku ‘The Mind of Hitler’ tulisan Walter Langer menjelaskan, Hitler bukan sahaja dibiaya keluarga Rothschild, tetapi Hitler juga adalah keturunan Rothschild. Langer selepas mendapat maklumat salasilah keturunan Hitler, beliau menulis tanpa menyatakan tahun kejadian. Tetapi berdasarkan rekod kelahiran di Austria, bapa Adolf Hitler iaitu Alois Hitler didaftar kelahirannya pada tahun 1830:
IP Logged
Subject :Ujian DNA dedahkan Hitler mungkin keturunan Yahudi..
2010-08-24 07:12:19
Forum :
Dunia
Topic :
Ujian DNA dedahkan Hitler mungkin keturunan Yahudi
Ujian DNA dedahkan Hitler mungkin keturunan Yahudi
ADOLF HITLER
BRUSSELS - Ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) ke atas ahli keluarga pemimpin Nazi di Jerman, Adolf Hitler menunjukkan bahawa dia mungkin berketurunan Yahudi dan Afrika Utara, lapor sebuah akhbar semalam.
Penemuan itu mengejutkan kerana Hitler bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan penduduk berketurunan Yahudi pada zaman Perang Dunia Kedua.
Hitler mati dengan menembak dirinya semasa jerman kalah dalam perang Dunia Kedua.
Majalah Knack yang beribu pejabat di Brussels mendakwa DNA yang diambil daripada saudara Hitler yang tinggal di Amerika Syarikat (AS) telah membawa kepada penemuan tersebut.
Seorang wartawan, Jean-Paul Mulders mengumpulkan DNA daripada kain napkin yang digunakan oleh salah seorang daripada tiga pewaris Hitler yang tinggal di Long Island, New York.
Kejayaan DNA itu menyebabkan seorang petani di Austria yang hanya dikenali sebagai Norbert H. dan merupakan sepupu kepada diktator Jerman tersebut berjaya dijejaki.
Mulders mendapatkan khidmat pakar sejarah Marc Vermeeren untuk mencari Norbert di Waldviertel, Austria.
Norbert H. memberikan Vermeeren dan Mulders sampel air liurnya.
Dengan menggunakan sampel Norbert dan DNA daripada kain napkin itu, Mulders mendakwa terdapat hubungan antara kedua-dua lelaki itu.
Namun, DNA jenis Haplopgroup E1b1b (Y-DNA) yang ditemui pada kedua-dua lelaki itu jarang dijumpai di Jerman dan Eropah Barat.
"Ia lazimnya ditemui dalam penduduk Barbar di Maghribi, Algeria, Libya dan Tunisia termasuk puak Yahudi Ashkenazi dan Sephardic," kata Mulders.
"Itu merupakan keputusan yang mengejutkan. Sukar diramalkan bagaimana penyokong dan penentang Hitler menerima maklumat ini," kata pakar genetik, Ronny Decorte yang mengesahkan hasil ujian terbabit dan menegaskan bahawa kemungkinan Hitler juga mempunyai darah keturunan Afrika Utara.
Menurut majalah Knack, DNA itu diuji dalam kondisi makmal yang ketat. - Agensi
IP Logged
Subject :Toyota Wish, Myvi guru terbakar..
2010-08-24 07:09:31
Forum :
Negara
Topic :
Toyota Wish, Myvi guru terbakar
Toyota Wish, Myvi guru terbakar
Oleh ZAID MOHD. NOOR zaid.mohdnoor@kosmo.com.my
ANGGOTA forensik polis memeriksa Toyota Wish dan Perodua Myvi yang terbakar di Kampung Jelawat, Bachok semalam.
BACHOK – Seorang guru, Mazuki Ahmad Fatani, 35, kerugian hampir RM200,000 selepas dua buah kenderaan miliknya yang diletakkan di pekarangan rumahnya terbakar dipercayai akibat perbuatan khianat di Kampung Jelawat di sini pagi semalam.
Kenderaan yang mula-mula terbakar ialah jenis Toyota Wish dan kemudian merebak ke kereta Perodua Myvi yang diletakkan bersebelahan.
Menurut ibu guru tersebut, Nor Asikin Awang, 53, berkata, kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu disedari oleh salah seorang anaknya, Siti Nur Farhana Ahmad Fatani, 23, selepas terdengar bunyi letupan yang agak kuat di luar rumahnya.
Katanya, selepas terdengar letupan itu, Siti Nur Farhana mengejutkannya yang pada ketika itu tidur di bilik berasingan dan memaklumkan bunyi letupan tersebut.
“Pada awalnya Siti Nur Farhana menyangka bunyi mercun tetapi selepas melihat melalui tingkap didapati kereta yang terbakar,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
IP Logged
Subject :Jam RM2.4j bakal dijual..
2010-08-24 07:07:52
Forum :
Negara
Topic :
Jam RM2.4j bakal dijual
Jam RM2.4j bakal dijual
JAM A Lange & Sohne boleh didapati di salah sebuah kedai di Pavilion Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR - Jarang sekali kita mendengar seutas jam tangan dijual di negara ini pada harga RM2.4 juta.
Sekali imbas, anda mungkin tertanya-tanya mengapa jam tersebut begitu mahal melebihi harga kereta Ferarri.
Namun bagi sebuah syarikat pengeluar jam A Lange & Sohne yang mengeluarkan jenama A Lange & Sohne, perkara tersebut bukanlah mustahil.
Malah bagi peminat-peminat jam berjenama mahal di Malaysia, inilah masanya untuk mereka memiliki jam tersebut.
Syarikat berpangkalan di Jerman itu yang membawa falsafah produk jamnya adalah tepat waktu kini merancang untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah pasaran jam yang menguntungkan.
IP Logged
Subject :Empat bulan selamatkan pelombong emas..
2010-08-24 07:06:24
Forum :
Dunia
Topic :
Empat bulan selamatkan pelombong emas
Empat bulan selamatkan pelombong emas
BEBERAPA anggota polis semalam berdiri dekat lombong yang menjadi lokasi 33 pelombong terperangkap di Copiaco, Chile.
SANTIAGO - Seramai 33 orang pelombong didapati masih hidup dan berada dalam keadaan sihat walaupun sudah dua minggu terperangkap di bawah tanah sedalam 700 meter selepas pintu masuk lombong emas dan tembaga yang terletak 800 kilometer ke utara Santiago runtuh pada 5 Ogos lalu.
Pasukan penyelamat Chile semalam bersiap sedia untuk melancarkan misi menyelamat yang mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya selama 120 hari atau empat bulan.
Menurut seorang anggota penyelamat, Andres Sougarret, sebuah kamera yang dimasukkan melalui satu lubang yang ditebuk sedalam 700 meter menunjukkan pelombong-pelombong itu tidak memakai baju dan berpeluh.
Suhu dalam lombong itu adalah di antara 32 hingga 37 darjah Celsius.
Pada Ahad lalu, Presiden Chile, Sebastian Pinera membacakan nota yang menyatakan semua pelombong yang terperangkap masih hidup.
"Kami semua selamat di dalam kawasan perlindungan," jelas nota yang ditulis dengan menggunakan dakwat merah.
"Ramai antara mereka menunjukkan muka di depan kamera. Kami boleh melihat reaksi gembira dan harapan di mata mereka," kata Pinera yang mengakui imej-imej itu memberinya keyakinan bahawa insiden itu akan berakhir dengan baik.
Pengarah Pejabat Kecemasan Kebangsaan, Carlos Garcia menyatakan mangsa-mangsa yang terperangkap itu memiliki sedikit air. Dalam tempoh beberapa jam, mereka akan menerima bekalan makanan dan air yang perlu diagihkan-agihkan dengan penuh kebijaksanaan.
Sanak saudara para pelombong itu juga akan dibenarkan untuk berhubung menerusi kabel tidak lama lagi.
Sebaik sahaja berita mereka terselamat selepas 17 hari terperangkap, pengguna jalan raya membunyikan hon kereta masing-masing. Sementara itu ribuan penduduk berkumpul di bandar-bandar lain untuk meraikan berita tersebut selain mengibarkan bendera Chile. - AFP
IP Logged
Page # 5 10 15 20 25 30 50 100 All